Perubahan Dalam Menu Sistem Cuti Atas Talian ASPA.
Terdapat perubahan dalam Menu Sistem Cuti Atas Talian Aspa. Dahulu, Item Menu SEMAKAN CUTI KAKITANGAN hanya bagi kegunaan Penolong Pengurus ladang menyemak cuti-cuti Penyelia Ladang. Sekarang, semua Pengurus Bahagian dapat menyemak permohonan cuti kakitangan bahagian masing-masing.
APA ITU SISTEM CUTI ATAS TALIAN
Melalui sistem ini kakitangan Aspa boleh mengisi borang permohonan cuti tahunan secara atas talian(on-line). Setiap kakitangan akan diberi nama pengguna dan katalaluan. Kakitangan dikehendaki menyemak terlebih dahulu baki cuti tahunan masing-masing. Selepas itu barulah membuat permohonan cuti dengan memasukan butiran yang di kehendaki. Kakitangan diminta menghantar Email kepada ketua bahagian atau Pengurus Ladang masing-masing untuk makluman permohonan cuti tersebut.
Bagi Bahagian Perladangan, Penolong Pengurus Ladang dikehendaki selalu menyemak dalam Sistem Cuti Atas Talian, jika terdapat permohonan cuti dari penyelia-penyelia ladang bagi memberi sokongan.
Ketua bahagian atau Pengurus Ladang akan terus boleh memasuki Sistem Cuti Atas Talian untuk meluluskan permohonan cuti tersebut. Sementara pihak pentadbiran Aspa akan memproses semua permohonan cuti tersebut.
Sekian,selamat menggunakan sistem cuti ini.