POLISI ANTI-RASUAH DAN SOGOKAN
Tanda sokongan kepada inisiatif pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) telah membangunkan Polisi Anti-Rasuah Dan Sogokan (PARS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pengurusan Risiko Rasuah yang telah direkabentuk untuk menyelaraskan prosedur yang mencukupi yang disyorkan oleh kerajaan dalam Garis Panduan Kementerian mengenai prosedur yang mencukupi menurut subseksyen (5) Seksyen 17A di bawah Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018).
POLISI PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
Syarikat komited dalam memastikan segala urusan yang dikendalikan oleh kakitangan bebas daripada percanggahan kepentingan.
POLISI PEMBERI MAKLUMAT
Syarikat menyediakan ruang kepada pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dengan suci hati dan bukan berniat jahat yang berlaku kepada pihak syarikat.
POLISI PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH
Syarikat mengambil maklum bahawa penerimaan dan pemberian hadiah adalah sebahagian daripada etika perniagaan. Walau bagaimanapun, syarikat sangat komited dalam menjalankan perniagaan dengan berintegriti, jujur dan amanah serta mengamalkan prinsip “Rasuah Sifar” dalam perniagaan.
POLISI PENGURUSAN PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN
Syarikat komited dalam memastikan segala urusan yang dikendalikan oleh kakitangan bebas daripada sebarang bentuk pengaruh luar dan surat sokongan dalam membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan.
POLISI BERURUSAN DENGAN PIHAK KETIGA
Syarikat komited untuk bertindak dengan penuh berintegriti dalam semua aktiviti perniagaan dengan pihak ketiga dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.