Pelan Kelestarian

AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD (ASPA) komited melaksanakan operasi pengurusan ladang yang cekap dan berkesan dalam pengeluaran buah tandan segar (BTS) berkualiti tinggi dengan mematuhi segala keperluan dan prinsip MSPO MS 2530-3:2013 yang berteraskan kesejahteraan masyarakat, kelestarian alam sekitar dan keuntungan organisasi melalui penambahbaikan yang berterusan.

Selaras dengan ini, pada April 2019, ASPA telah melancarkan dan melaksanakan polisi-polisi kelestarian utama bagi menyokong amalan pembangunan mampan.

Polisi MSPO
Polisi Sifar Kebakaran
Polisi Keselamatan & Kesihatan Pekerja
Polisi Perlindungan Alam Sekitar & Biodiversiti
Polisi Perlindungan Cerun & Sungai
Polisi Sosial

Polisi Minyak Sawit Mampan (NDPE)

Amanah Saham Pahang Berhad terus komited dalam memastikan pembangunan yang mampan dengan melaksanakan Polisi Minyak Sawit Mampan pada Mei 2020. Kami mengamalkan prinsip “No Deforestation, No Peat, No Exploitation (NDPE)”.

Dalam usaha memastikan kualiti alam sekitar dan kepelbagaian biologi terjamin, ASPA telah melantik Green Orbis Environmental Sdn Bhd untuk menyediakan laporan lengkap “High Biodiversity Value” (HBV) menerusi kerja lapangan dari 9 November hingga 28 November 2020.

Komitmen Utama Pematuhan:
Pematuhan Undang-Undang Alam Sekitar Kemasyarakatan Ketelusan & Kebolehkesanan Kualiti

Jadual Pelaksanaan & Pencapaian

Perkara Tarikh Pelaksanaan Catatan
Lantikan Perunding Bagi Pensijilan MSPO April 2019 Melantik Paisley Consultants Sdn Bhd (Suite 4B, 2nd Floor, Block 2, Jln Tinju 13/50, Worldwide Business Centre, Section 13, 40675 Shah Alam, Selangor) sebagai perunding pensijilan MSPO.
Merangka Polisi Kelestarian April 2019 Pelancaran 6 Polisi Kelestarian Utama (MSPO, Sifar Kebakaran, KKP, Alam Sekitar & Biodiversiti, Cerun & Sungai, dan Sosial).
Sijil MSPO Disember 2019 Kumpulan Ladang ASPA telah berjaya memperolehi Sijil Pensijilan MSPO.
Membentuk Polisi Minyak Sawit Mampan Mei 2020 Pelaksanaan polisi tambahan berteraskan amalan No Deforestation, No Peat, No Exploitation (NDPE).
Penyediaan Laporan HBV November 2020 Melantik Green Orbis Environmental Sdn Bhd bagi menjalankan kajian lapangan dan menyediakan laporan HBV.

Dokumen & Laporan HBV

Muat turun laporan lengkap High Biodiversity Value (HBV) dan pelan pengurusan ladang.